Ahad, April 04, 2010

Saat perpisahan.... sekadar cenderahati untuk rakan seperjuangan di penghujung bakti.
PH En Ismail Ripin




Assalamualaikum!!!


Kawan bukan sekadar menyingkir keseorangan..,tapi hati.. dua tangan yang bersalaman bisa melimparkan gundah dan bimbang, fasal hidup sama di bincang demi meneguk rasa keriangan...

Isnin, Mac 29, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ACARA SUKAN PEKSJAP JERANTUT 2010.

BOLA JARING
JOHAN PHD JERANTUT
NAIB JOHAN KEMASUL


BADMINTON
JOHAN PHD BENTONG
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


BOLA SEPAK
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD BENTONG


SEPAK TAKRAW
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN PHD BENTONG


BOLA TAMPAR
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


KAROM JOHAN PHD JERANTUT
NAIB JOHAN PHD RAUB

DART
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN KEMASUL


DAM AJI
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


CONGKAK
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD LIPIS


PING PONG
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


FUTSAL
JOHAN PHD RAUB
NAIB JOHAN PHD LIPIS




*** Keputusan adalah muktamat..***





Ahad, Mac 28, 2010

BERITA TERGEMPAR DI GELANGGANG DAM AJI..!!!

Warga Jerantut masih dalam keadaan kebingungan diatas kekalahan 'Pemain Elit DAM AJI' mereka ia itu PH G 14 En. Namli Bin Seman dalam perlawanan akhir kepada RH Tajuddin dari Ldg Hutan Kemasul..

Dalam temu bual ringkas dengan En Namli Seman beliau sendiri tidak menyangka akan dikalahkan dalam kejohanan ini, dan berasa amat kecewa sekali kerana tidak akan berpeluang untuk menebus kembali kekalahan ini di tahun hadapan kerana beliau akan bersara wajib (58 th) pada September 2010 ini. Ini memang benar-benar trajedi malang buat beliau sepanjang kerjayanya di Pejabat Perhutanan Negeri Pahang.
Keputusan Perlawanan : Johan Ldg Hutan Kemasul.
Naib Johan Phd Jerantut.

GAMBAR HARI KEDUA - Peksjap

Hari ini adalah hari malang buat saya..kekalahan ini buat saya lebih matang.!!!
Tetapi..usia 58 th pd September 2010 nanti membantutkan impian saya utk merampas
kembali kejuaraan di tahun hadapan. Namli Seman( Dam Aji)

Kontrovesi... Tolong lah deme wehh!!.kome dah pening kepala dahh dengan congkak nii!!
Urusetia Pertandingan..Isham,Done dan Asri membantu Puan Zulinda Pengurus Congkak
.
Sejarah lampau tak boleh ambil kira laa...Kama..itu kira ok laaa tuu!!
Perlawanan Sepak Takraw Jerantut mlw Lepeh ..

Saiz fon
Pengadil bertauliah Persatuan Sepak Takraw Jerantut. Kawan ingat deme main dlm dewan..!!panas ngat ni wehh!!


Bila nak habis main nii...lenguh dah kawan nii berdiri..
Pengurus Pasukan PHD Jerantut Mat Khairi.

Perlawanan akhir karom Pasukan Jerantut lwn Bentong
Tahniah..PHD Jerantut ..Johan..hooorey!!

Gaya seorang profesional...Pasangan En Zaharin (baju kuningdan Mohd Khairil (baju coklat)
dengan mudah memenangi perlawanan ini..


Perlawanan Dart ...di menangi pasukan Lepeh
Tahniah RH Mustafa.( tiada dlm gambar)


Sabtu, Mac 27, 2010

PERASMIAN PESTA SUKAN PEKSJAP - JERANTUT 2010.

Pesta sukan dwi tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) yang dijadualkan berlangsung di Jerantut telah pun sempurna dirasmikan oleh Tuan Pagawai Hutan Daerah Jerantut (EN Norzaidi bin Jusoh)pada hari Sabtu 27/03/2010, walaupun bermula lewat beberapa minit majlis majlis berlansung dalam suasana gemilang dan harmoni dengan kehadiran kontinjen dari lima daerah termasuk 'Ladang Hutan Kemasul Mentakab'

Aktiviti Tanam Pokok bermula setelah selesai upacara Perasmian. Setiap kontinjen di beri sebanyak 7 batang anak pokok hiasan untuk di tanam dipersekitaran 'SMK Inderapura' dimana gelanggang utama kejohanan berlangsung.

Menurut catatan urusetia kejohanan kali ini berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 443 orang peserta sukan termasuk tuan rumah yang menyediakan seramai lebih dari 100 orang peserta termasuk urusetia dan pegawai sukan. Sementara itu PHD Bentong diwakili seramai lebih kurang 70 orang peserta, PHD Raub & Cameron Highland 50 peserta.PHD Lipis 71 orang dan Ladang Hutan Kemasul seramai 65 orang peserta.

Sebanyak 11acara sukan di pertandingkan iaitu Bola Sepak (SMK Inderapura).Futsal (Gelanggang kws Industri) , Badminton (Dewan Kuarters Polis Sg Jan ) Sepak Takraw (SMK Inderapura), Ping Pong (Dewan Sri Tahan),Bola Jaring (SMK Inderapura),Dart (SMK Inderapura),Karom (SMK Inderapura),Bola Tampar (Gelanggang Kuarters JKR), Congkak (SMK Inderapura) dan Dam Aji ((SMK Inderapura).Kejohanan berlangsung selama dua hari dan berakhir pada hari Ahad 28/03/2010).

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN SUKAN PEKSJAP - JERANTUT 2010.

Ucapan Perasmian Olih PHD Jerantut.(EN Norzaidi bin Jusoh)
(Sesiapa perokok tegar tuu.. kalau nak merokok sila ketepi pagar.. dan hembuslah asap rokok keluar pagar)

Perbarisan Peserta Kontenjen Pejabat Hutan Zon Barat.
Memang hirarki nye begitu Cik Tinah..Yang r..... berbaris di depan sekali.

GAMBAR SEKITAR HARI PERTAMA KEJOHANAN

Selagi kawan ada kat sini jangan harap oak dapat sumbat gol te!!
PH G14 Norihan.. Pertahanan yang Utuh lagi mantop..

GA Zulinda dan GS CC Aznita..
empat cubaan ,sekali masuk kira ok laa tuu!!


Regu Sepak Takraw harapan Jerantut.
Dari kanan Kama Yin ,tengah Naseri Razali,kiri Mie Kiri agoknye
..(kembar yg mana satu..)


Yang misai tebal dan berkaca mata hitam tuu.. bukan BOMOH ye!!
Bomoh-bomoh tak main laa..ye!! Yazid ,Rashid dan Ibrahim (aki)


Intim dengan Pengadil bukan nak bodek ye!!
Sekadar kenangan selepas di nobatkan sebagai juara Bola Jaring Zon Barat.

Jumaat, Mac 26, 2010

Sesi Taklimat Dan Pendaftaran Peserta PEKSJAP 2010

En Thajirine mewakili PHD Jerantut dalam sesi Taklimat dan Pendaftaran Peserta.
Di baris yang sama En Khairuddin PPHD Lipis da PH G14 Razak Mohd Nor

Puan Norlaila Binti Mohd Subari mencabut undi mewakili PHD Raub & Cameron Highland


Kalau ikut undian hari nii.. mudek berakit lahh kome wehh...Baha B...k dan Zul Kancil
peserta dari Lepih.


RH Zahari mencatit sesuatu ketika sesi taklimat.
Nantilaa... ada yg kawan tak puas hati nii..!!


Dah licin air ngan kueh atas meja bukan main menyandor lagi awok atan..!!
time kasih laa datang nii.. lepas nii jgn balik dulu ye.. he he he!!..


En Khairuddin Berbaju Oren,RH Dahlan(baju hijau)dan PH Tajul Fairus
Jamuan ringan je wehh.!!!.

Khamis, Mac 25, 2010

PERSEDIAAN PESTA SUKAN PEJSJAP 2010 JERANTUT

Perlawanan Futsal PHDJ menentang pasukan Alam Flora Jerantut
Keputusan -PHDJ 1 dan Alam Flora 2.



Pasukan Bola Tampar ketika sesi latihan pagi...Mana Pengurusnya..
Makan /minum pagi macam mana..tak kan cukup dgn RO Water aje!!


Pyan.. jadi-jadilah berberetnya..dalam gelanggang pun nak mengebom juge ke!!


Jadilahh Saidii..berpada-padalah..2 hari berlath kira ok la tuu.


Penjaga gol seumur hidup PHDJ...otai lama sejak akhir abad ke 20'
Traning tiga hari je tak cukup boss..PPHD En Thajirine..dgn baby.
Adik Zulfan Sufi...pewaris bhg kewangan PHDJ.

Jangan sedih lah Sahak...buat setakat yang ada je..! motivasi dari SEPAT..
Yang seluar pendek tu bukan jurulatih ye.! peminat otai-otai agknya..
syabas Mat Chatin..minum ptg sape nak bayar nii...

Sesi latihan Pasukan Bola Sepak PHDJ bersama Pasukan SMK Inderaputra Jerantut
Keputusan perlawanan PHDJ '0' dan SMK Inderapura'7'



Puan Zulinda dan Pasukan Karom PHDJ..
En Mohd Asri, En Zaharin dan Nor Fatihah .


Urusetia Pesta Sukan PEKSJAP PHDJ
RH Hamidi, PH G 14 Ibrahim(atan),En Nor Zilan menyiapkan carta/jadual pelawanan.


Kerja-kerja dan Persiapan di saat akhir oleh kakitangan PHDJ.
PH G11 Zulinda dan Puan Siti Jarinah..Urusetia.


Barner untuk mengalu-alukan kedatangan Kontenjen/Peserta Peksjap 2010.

Selasa, Mac 23, 2010

Pasukan Bola Jaring PHD JERANTUT




Sesi latihan petang ....di akhiri perlawanan menentang pasukan Tmn Perumahan '410'
t/k done


Ahad, Mac 21, 2010

SELAMAT DATANG KE JERANTUT

Pesta sukan Jabatan Hutan Negeri Pahang (PEKSJAP)Zon Barat.
Pertandingan akan berlansung selama dua hari bermula pada 27 hb Mac 2010 dan akan berakhir pada 28 hb Mac 2010 (Sabtu dan Ahad)

Pasukan yang bertanding adalah PHD Jerantut (Tuan rumah), PHD Lipis, PHD Temerloh, Ladang Hutan Kemasul ,PHD Bentong, Raub/ Cameron Highland dan Unit Penguatkuasa Zon Barat.

Acara yang di pertandingkan adalah Bola Sepak, Badminton,Futsal, Sepak Takraw,Bola Tampar,Ping Pong,Dart,Karom, Dam Aji, Congkak dan Bola Jaring.