Ahad, April 04, 2010

Saat perpisahan.... sekadar cenderahati untuk rakan seperjuangan di penghujung bakti.
PH En Ismail Ripin




Assalamualaikum!!!


Kawan bukan sekadar menyingkir keseorangan..,tapi hati.. dua tangan yang bersalaman bisa melimparkan gundah dan bimbang, fasal hidup sama di bincang demi meneguk rasa keriangan...

Isnin, Mac 29, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ACARA SUKAN PEKSJAP JERANTUT 2010.

BOLA JARING
JOHAN PHD JERANTUT
NAIB JOHAN KEMASUL


BADMINTON
JOHAN PHD BENTONG
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


BOLA SEPAK
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD BENTONG


SEPAK TAKRAW
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN PHD BENTONG


BOLA TAMPAR
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


KAROM JOHAN PHD JERANTUT
NAIB JOHAN PHD RAUB

DART
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN KEMASUL


DAM AJI
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


CONGKAK
JOHAN KEMASUL
NAIB JOHAN PHD LIPIS


PING PONG
JOHAN PHD LIPIS
NAIB JOHAN PHD JERANTUT


FUTSAL
JOHAN PHD RAUB
NAIB JOHAN PHD LIPIS




*** Keputusan adalah muktamat..***





Ahad, Mac 28, 2010

BERITA TERGEMPAR DI GELANGGANG DAM AJI..!!!

Warga Jerantut masih dalam keadaan kebingungan diatas kekalahan 'Pemain Elit DAM AJI' mereka ia itu PH G 14 En. Namli Bin Seman dalam perlawanan akhir kepada RH Tajuddin dari Ldg Hutan Kemasul..

Dalam temu bual ringkas dengan En Namli Seman beliau sendiri tidak menyangka akan dikalahkan dalam kejohanan ini, dan berasa amat kecewa sekali kerana tidak akan berpeluang untuk menebus kembali kekalahan ini di tahun hadapan kerana beliau akan bersara wajib (58 th) pada September 2010 ini. Ini memang benar-benar trajedi malang buat beliau sepanjang kerjayanya di Pejabat Perhutanan Negeri Pahang.
Keputusan Perlawanan : Johan Ldg Hutan Kemasul.
Naib Johan Phd Jerantut.

GAMBAR HARI KEDUA - Peksjap

Hari ini adalah hari malang buat saya..kekalahan ini buat saya lebih matang.!!!
Tetapi..usia 58 th pd September 2010 nanti membantutkan impian saya utk merampas
kembali kejuaraan di tahun hadapan. Namli Seman( Dam Aji)

Kontrovesi... Tolong lah deme wehh!!.kome dah pening kepala dahh dengan congkak nii!!
Urusetia Pertandingan..Isham,Done dan Asri membantu Puan Zulinda Pengurus Congkak
.
Sejarah lampau tak boleh ambil kira laa...Kama..itu kira ok laaa tuu!!
Perlawanan Sepak Takraw Jerantut mlw Lepeh ..

Saiz fon
Pengadil bertauliah Persatuan Sepak Takraw Jerantut. Kawan ingat deme main dlm dewan..!!panas ngat ni wehh!!


Bila nak habis main nii...lenguh dah kawan nii berdiri..
Pengurus Pasukan PHD Jerantut Mat Khairi.

Perlawanan akhir karom Pasukan Jerantut lwn Bentong
Tahniah..PHD Jerantut ..Johan..hooorey!!

Gaya seorang profesional...Pasangan En Zaharin (baju kuningdan Mohd Khairil (baju coklat)
dengan mudah memenangi perlawanan ini..


Perlawanan Dart ...di menangi pasukan Lepeh
Tahniah RH Mustafa.( tiada dlm gambar)


Sabtu, Mac 27, 2010

PERASMIAN PESTA SUKAN PEKSJAP - JERANTUT 2010.

Pesta sukan dwi tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) yang dijadualkan berlangsung di Jerantut telah pun sempurna dirasmikan oleh Tuan Pagawai Hutan Daerah Jerantut (EN Norzaidi bin Jusoh)pada hari Sabtu 27/03/2010, walaupun bermula lewat beberapa minit majlis majlis berlansung dalam suasana gemilang dan harmoni dengan kehadiran kontinjen dari lima daerah termasuk 'Ladang Hutan Kemasul Mentakab'

Aktiviti Tanam Pokok bermula setelah selesai upacara Perasmian. Setiap kontinjen di beri sebanyak 7 batang anak pokok hiasan untuk di tanam dipersekitaran 'SMK Inderapura' dimana gelanggang utama kejohanan berlangsung.

Menurut catatan urusetia kejohanan kali ini berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 443 orang peserta sukan termasuk tuan rumah yang menyediakan seramai lebih dari 100 orang peserta termasuk urusetia dan pegawai sukan. Sementara itu PHD Bentong diwakili seramai lebih kurang 70 orang peserta, PHD Raub & Cameron Highland 50 peserta.PHD Lipis 71 orang dan Ladang Hutan Kemasul seramai 65 orang peserta.

Sebanyak 11acara sukan di pertandingkan iaitu Bola Sepak (SMK Inderapura).Futsal (Gelanggang kws Industri) , Badminton (Dewan Kuarters Polis Sg Jan ) Sepak Takraw (SMK Inderapura), Ping Pong (Dewan Sri Tahan),Bola Jaring (SMK Inderapura),Dart (SMK Inderapura),Karom (SMK Inderapura),Bola Tampar (Gelanggang Kuarters JKR), Congkak (SMK Inderapura) dan Dam Aji ((SMK Inderapura).Kejohanan berlangsung selama dua hari dan berakhir pada hari Ahad 28/03/2010).

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN SUKAN PEKSJAP - JERANTUT 2010.

Ucapan Perasmian Olih PHD Jerantut.(EN Norzaidi bin Jusoh)
(Sesiapa perokok tegar tuu.. kalau nak merokok sila ketepi pagar.. dan hembuslah asap rokok keluar pagar)

Perbarisan Peserta Kontenjen Pejabat Hutan Zon Barat.
Memang hirarki nye begitu Cik Tinah..Yang r..... berbaris di depan sekali.

GAMBAR SEKITAR HARI PERTAMA KEJOHANAN

Selagi kawan ada kat sini jangan harap oak dapat sumbat gol te!!
PH G14 Norihan.. Pertahanan yang Utuh lagi mantop..

GA Zulinda dan GS CC Aznita..
empat cubaan ,sekali masuk kira ok laa tuu!!


Regu Sepak Takraw harapan Jerantut.
Dari kanan Kama Yin ,tengah Naseri Razali,kiri Mie Kiri agoknye
..(kembar yg mana satu..)


Yang misai tebal dan berkaca mata hitam tuu.. bukan BOMOH ye!!
Bomoh-bomoh tak main laa..ye!! Yazid ,Rashid dan Ibrahim (aki)


Intim dengan Pengadil bukan nak bodek ye!!
Sekadar kenangan selepas di nobatkan sebagai juara Bola Jaring Zon Barat.